Komponen yang disepadukan di dalam satu pakej dikenali sebagai litar bersepadu. ( Integrated Circuit) . Sebahagian dari komponen elektronik ialah perintang(resistor),kapasitor,diod dan transistor. Setiap satu komponen tersebut mempunyai fungsi berlainan dalam mengawal arus dan elektron dalam litar elektronik.
Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai setiap komponen yang biasa digunakan dalam pembinaan litar.
1. Perintang (Resistor)


Simbol perintang
Perintang memberi kesan langsung terhadap arus elektrik dan voltan. Ohm digunakan bagi mengukur rintangan setiap perintang. Untuk mengukur rintangan kita menggunakan Ohm meter.
Kita boleh mengetahui nilai rintangan dengan melihat pada kod warna yang melilit pada perintang.Carta dibawah menunjukkan nilai bagi setiap warna.

Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang, kod warna dibaca bermula dengan warna pertama, kedua dan ketiga diikuti warna perak atau emas sebagai nilai toleransi.
Contohnya jika kita mahu mendapatkan perintang 250 Ohm. Warna merah untuk 2, hijau untuk 5 dan dikalikan dengan sepuluh iaitu warna coklat untuk lilitan ketiga. 250 Ohm = merah,hijau,coklat. Dikuti warna perak jika nilai toleransi 10% atau emas 5%.
Cuba anda dapatkan kod warna untuk perintang 10 K Ohm.
Jawapannya ialah – coklat,hitam,jingga.
Cuba cari warna perintang yang bernilai 220 Ohm, 330 Ohm, 470 Ohm, 1 K Ohm dan 8.2 K Ohm.
Sekarang anda sudah pun tahu kenapa terdapat warna yang melilit pada perintang dan boleh mengira nilai rintangan
No comments:
Post a Comment