Friday, November 19, 2010

GEGANTI ITU ADALAH RELAY

Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti.



Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala.

Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi.

Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan plat besi yang sama seperti butang atau slide suis. Kaki gegelung pada relay tiada polariti positif dan negatif.

Untuk penyambungan kaki relay dengan litar lain seperti litar lampu atau kipas, sambungkan pada kaki Common dan Normally Open. Atau pun pada kaki Common dan Normally Closed. Pilih salah satu. Untuk tujuan menghidupkan alatan, pilih cara pertama dan jika mahukan alatan dimatikan apabila relay ON, pilih cara kedua. Pastikan alatan yang disambung disertakan dengan punca voltan kuasa. Ala... macam sambungan suis juga la...


Jadi bagaimana kalau ada relay yang lebih dari 5 kaki seperti 8 kaki tu? Jawapannya, sama je macam relay 5 kaki. Maksudnya 5 campur 3. Yang tambahan 3 kaki tu adalah suis yang kedua. Ia bertujuan untuk mengawal dua alatan atau litar. So boleh faham ye. Lepas ni jangan ada yang salah anggap dengan relay lagi. Terima kasih.

Tuesday, August 24, 2010

komponen elektronik

Komponen elektronik adalah elemen fizikal penting dalam sistem elektronik. Setiap komponen mempunyai kesan langsung terhadap fungsi peralatan elektronik. Komponen  disambungkan antara satu sama lain dengan menggunakan pateri (solder) pada papan litar bercetak (PCB) untuk menghasilkan litar elektronik dengan fungsi tertentu.Contohnya litar penguat(amplifier),penerima gelombang radio dan litar pengubah arus AC ke DC.
Komponen yang disepadukan di dalam satu pakej dikenali sebagai litar bersepadu. ( Integrated Circuit) . Sebahagian dari komponen elektronik ialah perintang(resistor),kapasitor,diod dan transistor. Setiap satu komponen tersebut mempunyai fungsi berlainan dalam mengawal arus dan elektron dalam litar elektronik.
Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai setiap komponen yang biasa digunakan dalam pembinaan litar.
1. Perintang (Resistor)
225px-3_Resistors
50px-Resistor_symbol_America.svg
Simbol perintang
Perintang memberi kesan langsung terhadap arus elektrik dan voltan. Ohm digunakan bagi mengukur rintangan setiap perintang. Untuk mengukur rintangan kita menggunakan Ohm meter.
Kita boleh mengetahui nilai  rintangan  dengan melihat pada kod warna yang melilit pada perintang.
Carta dibawah menunjukkan nilai bagi setiap warna.
Resistor colour code
Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang, kod warna dibaca bermula dengan warna pertama, kedua dan ketiga diikuti warna perak atau emas sebagai nilai toleransi.
Contohnya jika kita mahu mendapatkan perintang 250 Ohm. Warna merah untuk 2, hijau untuk 5 dan dikalikan dengan sepuluh iaitu warna coklat untuk lilitan ketiga.  250 Ohm = merah,hijau,coklat.  Dikuti  warna perak jika nilai toleransi 10% atau emas 5%.
Cuba anda dapatkan kod warna untuk perintang 10 K Ohm.
Jawapannya ialah – coklat,hitam,jingga.
Cuba cari warna perintang yang bernilai 220 Ohm, 330 Ohm, 470 Ohm,              1 K Ohm dan 8.2 K Ohm.
Sekarang anda sudah pun tahu kenapa terdapat warna yang melilit pada perintang dan boleh mengira nilai rintangan